Monday, 11 March 2013

LOYALTI

'dia ada' cuma dia belum datang. dan dia balas, hahahaha...dia dah datang tapi buat aku jadi bahan eksperimen je'---> yg ini lah aku maksudkan dengan rasa CELAKA-
rasa itu akan efek kedua-dua belah pihak..
sama ada yang meninggalkan akan di datangi penyesalan tapi itu tertakluk sama ada dia masih punya hati dan perasaan.jika tidak, dia akan dibelasah dengan KARMA! yang di tinggalkan pula akan menjadi lemah dan akan jadi orang yang tak percayakan cinta-->aku rasa aku dah macam tu ke??ermmm...mayb!!
walaupun xsemua orang mcm tu, tapi xsemua org juga senang nak move on! masing2 ada level kekuatan mereka sendiri. to fight the pain dalam percintaan mmg susah. bila menangis rasa macam dada di hempap batu yg besar, dlm kepala bermain mcm2 kenangan yg menusuk hati.mmg sakit.ada org tak tahu apa itu erti kesetiaan.bercinta atas dasar nak tukar status relationship dekat FACEBOOK. atau mungkin hendaknya. tak kira laki or perempuan.jika benda mcm ni jadi, ini maksudnya mereka masih keliru dalam membuat pilihan.mereka tak tahu apa yang mereka mahukan.
apalah hidup tanpa cita dan apalah cinta tanpa kesetiaan bukan??
kalau kau rasa ko boleh jadi setia, xpe..dunia ini bukan ada kau sorang. mungkin jodoh kau adalah untuk diri kau sendiri. dalam kurungan "foreveralone"". pada muka orang mcm korang ni.hidup sorang2 drpd kerja nak membobrok hati org lain.. \0_0/

#kitab terfaktab #mayam!eya



Tuesday, 5 March 2013

LEARN

Aku manusia biasa, kadang sia
Melihat hujan sebagai rahmat; biar basah kuyup ia bukan beban
Mencari sayang di dalam benci; merendah diri, membuka hati
Melihat gelas separuh penuh; yang kosong itu mungkin kita perlu
Mencari syukur dalam tiap-tiap dugaan Tuhan
Sukarnya namun aku belajar

#waniardy #mayam!eya

Rangkul AKU

Meneng
Kerungu
Aku diracun kangen

Menyat
Melek
Aku ijik rene

Urong bioso adoh koyo ngene
Ora glem bioso

Urong pernah kesel enteni kue
Ora bakal kesel

Ojo lungo, ojo lungo
Seng mowo diangin
Seng areng digeni

Percoyo aku
Tuhan iku siji
'Ra mungkin ngapus
Sabar tiang urip
Podo gendong nek eneng seng tibo
Rangkul aku njero turumu

Rangkul aku njero ngimpimu.

#wani ardy

Setem Pada Syurga

Ini kata hati
Yang terlewat diucapkan
Ini lagu untuk
Kau yang tinggal wajah dalam bayang
Suara terngiang-ngiangkan
Jika hela nafas
Kau berlingkar di udara
Akan ku khabarkan
Bahawa kau antara tapak di pasir
Tidak terhapus dek ombak
Kira kau mendengar atau melihat
Dari mana yang tidak aku tahu
Namun aku pasti bahawa
Kau sebahagian diriku
Yang hilang, yang hilang
Seperti anggota tubuhku
Berkurang, berkurang
Ini kata hati
Yang terlewat diucapkan

#wani ardy #hearted!

Monolog Pantai

Bersenandung alun ombak
Berselimut langit kelam
Bertikarkan pasir dingin
Berlampukan bintang kerdip
Hampir pasti siang pulang
Mungkin saja semua hilang
Terbang dan jatuh, tetap sini
Percaya Maha Mengetahui
Ku ujar rindu dalam sejuta bahasa
Ku hitung kasih hingga infiniti
Lagu ini terlalu murah berbanding senyumanmu dipagi waktu
Lirik ini terlalu kerdil berbanding rasa yang menyuap jantungku
Indah dari segala puisi yang digubah
Indah dari segala gambar yang pernah dirakam
So tell me, where were you?
Hampir pasti angin deru
Mungkin saja jadi debu
Sehingga itu, tetap sini
Percaya Maha Mengetahui
Ku ujar rindu dalam sejuta bahasa
Ku hitung kasih hingga infiniti
Takkan tercukup
Lagu ini terlalu murah berbanding senyumanmu dipagi waktu
Lirik ini terlalu kerdil berbanding rasa yang menyuap jantungku
Indah dari segala puisi yang digubah
Indah dari segala gambar yang pernah dirakam
So let me make the best of now

#wani ardy 

i hate

Why promises are made?
Who knows tomorrow?
Words are held by lips
Rules are kept in books
Please stay
Please don't walk away 
This unpredictability, I hate!

PEREMPUAN









 #wani ardy










MALAm

Apa ditakutkan pada malam
Kerana esok tetap siang
Selagi dada membara
Taqwa dalam usaha.

# AGI # Mayam!eya

CAKAP

Cakap
oleh A. Ghafar Ibrahim (AGI)


cakap lebih
kerja kurang
kerja lebih
kurang dipercakapkan
cakap tak tahu
nak bercakap
nak cakap
tak tercakapkan
dah bercakap
tak tahu apa yang dicakapkan.

Budak Tua

Budaktua
oleh A. Ghafar Ibrahim (AGI)


Jangan menangis, budaktua
hidup tak selalu manis
tapi ombak tua
pantai keredut.

Kalau pun kau menangis
gunung akan di situ juga
sungai mengalir ke hilir
kecewa sendiri.

Hanya yang bisa kau tunjukkan
perlawanan
budaktua
hidup ini perlawanan
berlawan dengan waktu
setiap waktu.

Berdiri atas kaki sendiri
budaktua
hidup mau berjaya.

Penderitaan bukan penyakit
ia mesrarasa
intipati wibawa
hidup yang mesti dilanjutkan.

Sekarang Aku Tau

Sekarang Aku Tau
oleh A. Ghafar Ibrahim (AGI)


Sekarang aku tau
di antara kita ini
bukan semua bersedia bersatu.

Sekarang aku tau
di antara kita ini
ada sukanya kepada memijak kepala.

Sekarang aku tau
di antara kita ini
rapatnya masa seseorang itu berkaca

Sekarang aku tau
di antara kita ini
lari ketika seseorang itu dalam neraka.

Sekarang aku tau
di antara kita ini
ketawa melihat seseorang itu terbakar.

Sekarang aku tau
hidup mesti bermata-mata
kerana menangis bukan berdua.