Tuesday, 5 March 2013

Sekarang Aku Tau

Sekarang Aku Tau
oleh A. Ghafar Ibrahim (AGI)


Sekarang aku tau
di antara kita ini
bukan semua bersedia bersatu.

Sekarang aku tau
di antara kita ini
ada sukanya kepada memijak kepala.

Sekarang aku tau
di antara kita ini
rapatnya masa seseorang itu berkaca

Sekarang aku tau
di antara kita ini
lari ketika seseorang itu dalam neraka.

Sekarang aku tau
di antara kita ini
ketawa melihat seseorang itu terbakar.

Sekarang aku tau
hidup mesti bermata-mata
kerana menangis bukan berdua.

No comments:

Post a Comment