Tuesday, 5 March 2013

Setem Pada Syurga

Ini kata hati
Yang terlewat diucapkan
Ini lagu untuk
Kau yang tinggal wajah dalam bayang
Suara terngiang-ngiangkan
Jika hela nafas
Kau berlingkar di udara
Akan ku khabarkan
Bahawa kau antara tapak di pasir
Tidak terhapus dek ombak
Kira kau mendengar atau melihat
Dari mana yang tidak aku tahu
Namun aku pasti bahawa
Kau sebahagian diriku
Yang hilang, yang hilang
Seperti anggota tubuhku
Berkurang, berkurang
Ini kata hati
Yang terlewat diucapkan

#wani ardy #hearted!

No comments:

Post a Comment