Sunday, 25 March 2012

orang yg mudah perasan!

aku rase status fb aku xderlah nak mengata kau
yang ko terperahsan nape??
aku pun xpaham..
ttba kau post status kau bunyik2 mcm nak 
lawan balik ak...
hellooo~~
ko terase ke???
menyampah giler bila kau nak kutuk2 aku
aku xkacau pun life ko!!

Monday, 19 March 2012

hampir-hampir

saye hampir2 nak kene ragut..
mase tuh singgah nak beli topup
nasib menyebelahi saya
nasib baik palm shoes jadi penyelamat sye
palm shoes nak tertanggal dari kaki
so..saye pun stop sbb nak betulkan ..
rupa2 nye si dia dah nampak ada org plan nak ragut sye 
melalui cermin kete..
die ckp mase sye nak kuar dari kedai tu
die macam nak tarik terus masuk ke kete cepat2..
nasib kali ke 3 menyebelahi saye lagi
ade sebuah moto halang mamat2 motor nak plan meragut saye
sbb tu diorang xjadi nak ragut sbb jalan diorg dah kene block..
fuhhh!!nasib menyebelahi saye lagi...
saye x taw kisah atau hal ni hanya setelah dia menceritakan semuanya
bila balik rumah...
mak ai....xlena tdo aku..
dier cakap budak motor tuh follow ktorang dari belakang sampai ke bulatan PJ
tapi dier ni bijak plak..kol kwn dier yang kebetulan ader kat area tuh..
polis lak tu...
kwn dier yang polis tuh follow sampai mane tah aku xambik taw pun..
hp die berdering..die x angkat pon..
sye ckp kat die mak awk ke yg kol??
almaklumlah anak bungsu..anak mak..
tapi dier x jawab gak...rupa2nya kwn dier mis kol sbb line da clear..
hurmmm....
die bpesan kat saye..jangan terlalu carelessss!!
nak g topup jgn bawak beg duit..bawak duit jek..
bahaya..kena bebel la jugak...
bukannye ape kekenyangan selepas makan..huhu
sampai xigt bhy..huhu
thanks sbb menjaga saye n memenuhi hobi baru sye...


bercinta selepas kawen

 
Antara Kebaikan-kebaikan bercinta selepas berkahwin:
Selepas berkahwin ungkapan "I love you" adalah sesuatu yang indah dan tidak salah diungkapkan oleh pasangan.Malah ia dapat memekarkan percintaan antara suami isteri.
Malah,berjalan berpegangan tangan juga tidak salah kerana ianya halal dan menambahkan kemesraan antara pasangan.
Apatah lagi jika kita dikurniakan pasangan yang soleh dan solehah..alhamdulillah kita akan bahagia hingga ke akhir hayat.Pasangan yang sentiasa mencari Madrotillah akan mengecapi keindahan bercinta selepas berkahwin.Segala maksiat akan dapat dielakkan.
Kebahagiaan duniawi dan ukhrawi juga turut sama-sama dapat diseimbangkan.Matlamat utama tentunya syurga dan keredhaan Allah.
"Manusia akan bercinta lagi disyurga,tempat pertama yang melahirkan cinta.Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai".
Bercinta sebelum kahwin:
Pasangan yang belum ada apa-apa ikatan,tetapi kemesraan sudah mengalahkan suami isteri.Kata mereka,zaman dah berubah,dunia dah maju.Hidup hanya sekali.
Bercinta bagai nak rak,bila putus ditengah jalan mulalah buat perkara yang bukan-bukan,lebih teruk lagi ada yang cuba untuk membunuh diri apabila kecewa kerana kata mereka,hidup sudah tiada guna tanpa cinta daripada pasangan mereka.
Ungkapan-Ungkapan romantis seperti
"I love you my dear..".
"I love you so much darling...".
"I tak boleh hidup tanpa sayang...".
"Sehari tak berjumpa,serasa setahun..."
"Rindunya...i.."akan kerapkali dialunkan oleh pasangan-pasangan yang bercinta kepada pasangan masing-masing
Pasangan yang mendengarnya pula,tentu rasa dihargai yang teramat sangat dan terpesona dengan ungkapan-ungkapan berbunga seperti itu.Maka,mulalah orang ketiga datang dan memainkan peranannya .Bisikan halus dan pujuk rayu yang mempersonakan akan ditiup lembut ketelinga pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta.Akhirnya mereka berjaya juga meramaikan ahli kelab neraka,dan mereka pasti bertepuk tangan meraikan kegembiraan dan kemenangan.Dosa-dosa pun akan meningkat dan menggunung.Pelbagai jenis maksiat akan dilakukan tanpa rasa bersalah kepada Allah.
Jika ada yang menasihati atau melarang tentu mereka akan berkata:
"Cinta apakah namanya ini,jika tidak ada dating,calling,chatting,sms romantik,surat cinta,bersentuhan tangan,kerlingan dan senyuman".